Reka bentuk Eurofighter_Typhoon

Kerangka pesawat dan sistem avionik

Pesawat Typhoon mempunyai ciri sirip kecil dan binaan ringan (82% bahan komposit = 70% komposit fiber karbon + 12% komposit diperkuat kaca).[70]

Pesawat ini mencapai tahap kelincahan yang tinggi pada kelajuan supersonik dan rendah dengan disebabkan oleh reka bentuknya yang mempunyai kestabilan selesa. Pesawat ini mempunyai sistem kawalan fly-by-wire digital berkembar empat yang menyediakan kestabilan tiruan, oleh kerana operasi secara manual sahaja tidap dapat menampung kewujudan ruang ketidak-stabilan. Sistem fly-by-wire digambarkan sebagai "bebas tanpa kerunsingan" dengan menghalang juruterbang daripada melakukan manuver yang melangkaui manuver yang dibenarkan.

Pesawat Eurofighter sedang berlepas.

Kawalan olengan pesawat dilakukan dengan menggunakan penutup kepak sayap. Kawalan anggul (atas-bawah) dikendalikan dengan menggunakan sirip hadapan dan penutup kepak, kawalan ke kiri-kanan dikwal oleh kemudi.[71] Kawalan permukaan digerakkan melalui 2 sistem hidrolik bebas yang digabungkan di dalam pesawat, yang juga menyediakan pelbagai barang-barang lain seperti kanopi, brek dan giar pendaratan. Satu kotak giar 4000 psi berkuasa enjin memberi kuasa bagi setiap sistem.[72]

Pengemudian boleh dilakukan melalui kedua-dua sistem iaitu sistem GPS dan sistem pengemudian inersia. Pesawat Typhoon boleh menggunakan Sistem Peralatan Pendaratan (ILS) untuk melakukan pendaratan semasa cuaca buruk.

Pesawat ini menggunakan Sub-sistem Bantuan Pertahanan (DASS) yang bersepadu dan canggih. Pengesanan ancaman disediakan oleh Penerima Amaran Radar (RWR), Amaran Peluru Berpandu Mendekat (MAW) dan Penerima Amaran Laser (LWR) (hanya RAF). Perlindungan disediakan oleh Chaff dan suar, Penyerak Elektronik (ECM) dan Umpan Radar-Ditarik (TRD) (hanya RAF).[73]

Kokpit

Pesawat Eurofighter Typhoon dilengkapi oleh kokpit kaca dan tanpa sebarang peralatan konvensional. Ia termasuk: 3 Paparan Pelbagai Fungsi Pandang Kebawah (MHDD) berwarna penuh (format dilakukan dengan memanipulasi alat kekunci, kursor XY dan arahan suara (DVI)), Paparan Pandang Keatas (HUD) bersudut lebar bersama Infra merah pandang-depan (FLIR), Tuas dan Pendikit Tangan dan Suara (Suara+HOTAS), Sistem Simbologi Lekapan Helmet (HMSS), Sistem Pengangihan Maklumat Pelbagai Fungsi (MIDS), Kemudahan Kemasukan Data Manual (MDEF) yang terletak di sebelah kiri pelindung silau dan sistem amaran pesawat bersepadu penuh dengan Panel Amaran Khas (DWP). Peralatan Penerbangan Pulang, diterangi oleh LED, terletak di bawah engsel pelindung silau di sebelah kanan.[74]

Sub-sistem Bantuan Pertahanan (DASS) mengawasi dan bertindak balas secara automatik terhadap dunia luar. Ia menyediakan juruterbang dengan penilaian keutamaan semua segi dalam ancaman udara-ke-udara dan udara-ke-permukaan. Ia bertindak balas terhadap sasaran tunggal atau berbilang.

Pesawat ini juga mempunyai Sistem Amaran Hampir Permukaan (GPWS) termaju berasaskan Sistem Pengemudian Rujukan Permukaan Bumi (TRN) - TERPROM yang digunakan oleh pesawat Tornado, akan tetapi sistem kawalan dan paparan kokpit yang lebih maju dan bersepadu.[75]

Reka bentuk kokpit melibatkan maklum balas dari kedua-dua juruterbang ujian dan operasi daripada 4 negara sekutu, dari segi kebolehlaksanaan dan tahap konsep semasa proses rekabentuk. Ini memerlukan penggunaan pencahayaan yang ditauliah khas dan memaparkan kemudahan simulasi model dan penggunaan meluas teknik membuat prototaip cepat.

Sistem DVI pesawat Eurofighter menggunakan Modul Pengenalan Pertuturan (SRM), yang dibangunkan oleh Smiths Aerospace dan kemudiannya Computing Devices (sekarang General Dynamics Britain). Ini merupakan pengeluaran sistem DVI pertama yang digunakan dalam kokpit pesawat tentera. DVI memberikan juruterbang mod tambahan semulajadi dalam mengarah dan mengawal lebih daripada 26 fungsi bukan kritikal kokpit, menurunkan beban kerja juruterbang, meningkatkan keselamatan pesawat dan menambah keupayaan untuk melakukan misi. Pencapaian teknologi yang penting semasa pembangunan DVI timbul pada tahun 1987 apabila Texas Instruments menegeluarkan Pemproses Isyarat Digital (DSP), TMS-320-C30. Ini merupakan satu kemajuan yang membanggakan apabila perubahan sistem DVI kompleks dan besar kepada modul kad tunggal. Kemajuan awal ini membenarkan sisyem berkuasa tinggi yang berdaya maju. Projek ini diteruskan pada Julai 1997, dengan pembangunan dan penilaian juruterbang dilakukan dengan menggunakan simulator Kokpit Aktif Eurofighter di BAE SYSTEMS, Warton. [76].

Sistem DVI adalah bergantung kepada speaker, bermakna ia memerlukan setiap juruterbang untuk mencipta templat. Ia bukan digunakan untuk tugas keselamatan yang kritikal atau tugas persenjataan yang kritikal, seperti melancarkan senjata atau menurunkan giar pendaratan, tetapi digunakan untuk fungsi-fungsi kokpit lain.[77][78] Arahan suara disahkan dengan visual dan/atau maklum balas pendengaran. Sistem ini dilihat sebagai ciri reka bentuk ketara dalam mengurangkan beban tugas juruterbang pesawat, sehingga membenarkan juruterbang untuk menanda sasaran dengan menggunakan 2 arahan suara mudah atau pembantu juruterbang dengan menggunakan 5 arahan suara.[79]

Juruterbang menerbangkan pesawat dengan menggunakan tuas kawalan tengah dan tuas pendikit di sebelah kiri. Pelepasan diri kecemasan disediakan oleh kerusi lenting Martin Baker Mk.16A. Kanopi pesawat dibuangkan oleh 2 motor roket.[80]

Pelindungan G disediakan dalam pesawat standard oleh "Seluar panjang Anti-G liputan penuh" (FCAGT atau dikenali juga sebagai Faggot) [81] Juruterbang pesawat Typhoon dari Tentera Udara Jerman dan Tentera Udara Austria, bagaimanapun, memakai sut-G dipertingkat yang dipanggil "Libelle" (Dragonfly) Multi G Plus.[82][83][84]

Penjejak dan Pencari Inframerah-PIRATE

Pesawat Eurofighter bermula dengan pesawat Tranche 1 kumpulan 5 akan dilengkapi dengan sistem PIRATE (Passive Infra-Red Airborne Track Equipment) IRST (Infrared Search and Track System) yang dipasang di sebelah kiri fiuslaj, cermin hadapan. Sistem PIRATE telah dibangunkan oleh konsortium EUROFIRST yang terdiri daripada syarikat Galileo Avionica (FIAR) dari Itali yang bertindak sebagai kontraktor utama, Thales Optronics dari Britain (pakar sistem teknikal) dan Tecnobit dari Sepanyol.

PIRATE beroperasi dalam 2 kumpulan Inframerah, 3-5 dan 8-11 mikron. Apabila digunakan bersama radar semasa misi udara-ke-udara, ia berfungsi sebagai Sistem Penjejak dan Pencari Inframerah (Infrared Search and Track system-IRST), memberikan penjejakkan dan pengesanan sasaran pasif.

Semasa misi udara-ke-permukaan, ia melaksanakan pemerolehan dan pengenalpastian. Ia juga menyediakan bantuan semasa pengemudian dan pendaratan pesawat. PIRATE dihubungkan kepada paparan lekapan pada helmet juruterbang.[85]

Pesawat Eurofighter Typhoon pertama yang dilengkapi oleh sistem PIRATE-IRST telah dihantar kepada Tentera Udara Itali pada bulan Ogos 2007.[86]

Prestasi

Demonstrasi penerbangan di WTD61, Manching, Jerman

Prestasi pesawat tempur Typhoon jika dibandingkan dengan pesawat-pesawat baru seperti F-22 Raptor, pesawat pejuang F-35 Lightning II (masih dalam pembangunan di Amerika Syarikat) dan pesawat Dassault Rafale yang dibangunkan oleh Perancis, menjadi tajuk perbincangan yang hangat. Pada Mac 2005, Jeneral Ketua Staf John P. Jumper, Tentera Udara Amerika Syarikat, adalah satu-satu orang yang pernah menerbangkan kedua-dua pesawat Eurofighter Typhoon dan Raptor, bercakap kepada Air Force Print News berkenaan 2 pesawat ini. Beliau berkata,

Pesawat Eurofighter adalah pesawat lincah dan canggih, tetapi masih sukar untuk membandingkan ia dengan pesawat F/A-22 Raptor. Untuk permulaan, pesawat-pesawat ini adalah pesawat tempur yang berbeza jenis; ia seperti kita ditanyakan untuk membezakan kereta lumba NASCAR dengan kereta lumba Formula 1. Kedua pesawat ini sangat mengujakan dalam banyak cara, tetapi pesawat-pesawat ini direka untuk beraksi tahap prestasi yang berbeza.[87]

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, "Pesawat Eurofighter pastinya, dari segi kelancaran kawalan dan keupayaan untuk menarik (dan bertahan daya G yang tinggi), sungguh menggagumkan,". "Sebab itu merupakan tujuan ia direka, terutama versi pesawat yang saya terbangkan, dengan sistem avionik, paparan peta bergerak yang berwarna, dan sebagainya. — semuanya pada takuk teratas. Kebolehan manuver pesawat ini dalam pertempuran dekat juga sangat mengagumkan."[87]

Pesawat Typhoon berupaya terbang pada kelajuan sepersonik tanpa menggunakan enjin pembakaran lanjut. Keadaan ini dirujuk sebagai "superkruis". Berdasarkan laman web rasmi Luftwaffe-Jerman, kelajuan maksimum yang boleh dicapai tanpa pemanasan semula ialah Mac 1.2.[88]

Pada 2002, peluru berpandu MBDA Meteor telah dipilih sebagai peluru berpandu udara ke udara jarak jauh untuk pesawat Eurofighter Typhoon.[89][90] Sementara menunggu adanya peluru berpandu Meteor, Typhoon akan dilengkapi dengan Raytheon AIM-120 AMRAAM. Peluru berpandu Meteor dijangka memasuki perkhidmatan mulai pada Ogos 2012.[90]

Konsortium Eurofighter mendakwa pesawat ini mempunyai kadar belokan kekal sub-sonik yang besar, dan pecutan yang lebih laju pada Mac 0.9 di altitud 20,000 kaki berbanding F-15 Eagle, F-16 Fighting Falcon, F/A-18 Hornet, Dassault Mirage 2000, Rafale, Sukhoi Su-27, dan Mikoyan MiG-29.[91][92][93]

Keupayaan udara-ke-darat

Perhatikan tuas kawalan yang berada di tengah kokpit pesawat Eurofighter.

Typhoon sentiasa dirancang sebagai sebagai pesawat pejuang taktikal swing role dengan keupayaan udara-ke-darat. Bagaimanapun, keperluan segera Tentera Udara Di Raja Britain akan pesawat yang berkeupayaan untuk melaksanakan misi udara-ke-darat telah menggabungkan keupayaan udara-ke-darat yang "serius", berasaskan pada penanda laser Rafael/Ultra Electronics Litening III dan Enhanced Paveway II G/LGB, lebih awal daripada rancangan awal. Keupayaan serangan udara-ke-darat yang lebih bertenaga untuk negara sekutu yang lain akan dicapai pada penghujung dekad.[94] Keupayaan Tentera Udara Di Raja Britain sekarang terdapat dalam pesawat Blok 5 yang akan dihantar untuk kumpulan akhir pesawat Tranche 1 dan, penyesuaian semula, untuk kesemua pesawat Tranche 1.[95]

Ketiadaan keupayaan ini telah dipercayai menjadi faktor kegagalan Typhoon daripada pertandingan pesawat pejuang Singapura pada 2005. Apabila pesawat Typhoon digugurkan daripada senarai pendek, Menteri Pertahanan Singapura mengulas bahawa: "kesanggupan jadual penghantaran pesawat Typhoon dan sistem-sistemnya tidak memenuhi keperluan Tentera Udara Singapura." Flight Daily News melaporkan bahawa kebimbangan Singapura akan skala masa penghantaran dan ketidakupayaan negara rakan kongsi Eurofighter' untuk mentaksirkan secara tepat pakej keupayaan pesawat Typhoon Tranche 2 dan Tranche 3 Typhoon.[96] Singapura memerlukan keupayaan pesawat Tranche 2 yang telah 'road-mapped' tetapi masih belum dibiayai, dan mahu skala masa pesawat Tranche 1.[96] Dengan menumpukan pesawat yang berkeupayaan udara-ke-darat, Eurofighter GmbH berharap untuk meningkatkan harapan Typhoon kepada pelangan eksport berpotensi yang lain dan menjadikan ia pesawat yang berguna kepada tentera udara negara sekutu.

Ciri-ciri pengurangan kesan radar

Walaupun pesawat bukan dari jenis halimunan, langkah-langkah telah diambil untuk mengurangkan kesan keratan rentas radar - (RCS) pada pesawat Typhoon, terutamanya dari aspek hadapan.[97][98] Sebagai contoh daripada ciri ini adalah pesawat Typhoon mempunyai ruang masuk jet yang disembunyikan di bahagian depan enjin jet (dedahan radar yang kuat) daripada radar. banyak sasaran radar yang penting, seperti sayap, sirip hadapan dan sirip pinggir depan, dalam bentuk melandai, jadi ia akan memesongkan tenaga radar jauh daripada sektor hadapan.[99] Beberapa senjata luar dilekapkan separuh tenggelam ke dalam badan pesawat, dan memberi perlindungan pada peluru berpandu ini daripada gelombang radar yang datang.[97] Tambahan lagi bahan menyerap radar - (RAM) yang telah dibangunkan oleh EADS/DASA yang melapisi kebanyakan pemantul yang ketara, sebagai contoh sirip pinggir depan, pinggir ruang masuk dan bahagian dalam, kawasan sekitar kemudi dan sebagainya.[97][100][101]

Walaupun semua ciri-ciri ini mengurangkan kesan rentas radar bagi pesawat Typhoon, pesawat Typhoon adalah bukan pesawat halimunan. Typhoon tidak mempunyai ruang dalam untuk menyimpan senjata, yang mana meningkatkan kemungkinan ia dikesan pada radar tetapi ia juga memberi lebih ruang untuk membawa muatan senjata yang lebih besar.[102] Radar pesawat Typhoon sekarang iaitu ECR-90 secara relatifnya senang untuk dikesan apabila digunakan, tidak seperti radar-radar lain yang lebih maju.[97]

Mengikut Tentera Udara Di Raja Britain, ciri RCS pada pesawat Eurofighter adalah melangkaui piawai mereka. Komen dari pihak BAE Systems pula menyatakan bahawa penerimaan isyarat radar adalah 4 kali lebih rendah daripada pesawat Tornado.[103] "Tiada angka rasmi didapati, tetapi pesawat Eurofighter difahamkan mempunyai RCS di bawah 1 meter persegi." Tentera Udara Britain mengatakan bahawa pesawat Typhoon memenuhi tahap boleh-nampak yang rendah.[99] Pengeluar telah melakukan ujian-ujian pada prototaip awal pesawat untuk mengoptimumkan ciri-ciri boleh-nampak pesawat sejak tahun 1990-an. Ciri RCS pada pesawat prototaip DA4 telah diuji di kemudahan BAE, Warton dengan menggunakan pelbagai jenis pelindung RCS. Ciri-ciri pelindung RCS telah diukur dan kesannya disiasat. Langkah lain untuk mengurangkan kebarangkalian penemuan pesawat adalah dengan menggunakan penderia pasif, yang mana mengurangkan pengeluaran radiasi elektronik yang berbahaya. Sementara itu, sirip hadapan secara umumnya mempunyai ciri halimunan yang lemah,[104] sistem kawalan penerbangan di reka untuk meminimumkan RCS semasa dalam penerbangan, mengekalkan kemasan elevon dan sirip hadapan yang bersudut untuk mengurangkan RCS.[105][106] Dibandingkan dengan jangkaan RCS pada pesawat Dassault Rafale adalah 2 meter persegi dan pesawat F-117 Nighthawk adalah 0.025 meter persegi.[107]

Walaupun pengurangan keratan rentas radar menjadi satu idaman bagi pesawat seperti Typhoon, kenyataan bahawa pesawat membawa muatan di luar menyebabkan kadar nampak-radar nya lebih tinggi oleh kerana ruang muatan itu sendiri mempunyai nampak-radar yang ketara. Jikapun ruang muatan ini sendiri halimunan, gangguan di antara ruang muatan luar dan pesawat akan secara keseluruhannya meningkatkan ciri nampak-radar kepada pesawat itu sendiri.[108]

Rujukan

WikiPedia: Eurofighter_Typhoon http://eurofighter.airpower.at/cockpit-pilotenausr... http://eurofighter.airpower.at/faq.htm http://www.airpower.at/news07/0627_eingespart/inde... http://www.eurofighter.at/ http://www.parlinkom.gv.at/pls/portal/docs/page/PG... http://www.air-attack.com/news/news_article/2615/1... http://www.airforce-technology.com/projects/ef2000... http://www.autofluglibelle.com/html/libelle.html#l... http://www.baesystems.com/ProductsServices/autoGen... http://www.baesystems.com/newsroom/2003/feb/200203...